[ MAHABBAH RAMADAN KOOP SAHABAT ]
7 Mac 2026 (Sabtu) – Koop Sahabat telah menganjurkan Program Mahabbah Ramadan Koop Sahabat yang berlangsung di Masjid Haji Muda, Binjai Rendah, Marang, Terengganu, dengan pengisian program yang penuh bermakna bersempena bulan Ramadan yang mulia.
Program ini menghimpunkan beberapa aktiviti antaranya rewang memasak, Majlis Khatam Al-Quran, agihan zakat kepada golongan asnaf, serta majlis berbuka puasa yang diadakan bersama anggota sekitar Wilayah Terengganu.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Terengganu serta pihak Masjid Haji Muda, yang bersama-sama membantu menjayakan penganjuran program ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Fatimah binti Ismail, Anggota Lembaga, Hajah Raimah binti Jusoh, Anggota Lembaga, Pengurusan Tertinggi, perwakilan, Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Terengganu, serta anggota Koop Sahabat, yang bersama-sama hadir bagi mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus mengukuhkan hubungan silaturahim, menyemai nilai kebersamaan, serta membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
#DariSahabatKepadaSahabatUntukSahabat
![]()


