[ TOWN HALL KOOP SAHABAT 2026 ]
8 Januari 2026 – Telah berlangsung sesi Town Hall Koop Sahabat 2026 yang menghimpunkan seluruh warga kerja Koop Sahabat sebagai platform strategik bagi perkongsian hala tuju, pencapaian serta perancangan koperasi dalam mendepani cabaran dan peluang baharu pada masa hadapan. Program ini telah diadakan di Nur Laman Bestari, Eco Resort Batu Caves.
Majlis diteruskan dengan pembentangan fokus, sasaran serta hala tuju strategik Koop Sahabat bagi tahun 2026 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Mazri bin Mahmood, yang menekankan aspek kelestarian, inovasi serta pemerkasaan modal insan sebagai teras utama kejayaan organisasi.
Sesi seterusnya pembentangan oleh Ketua Jabatan Sumber Manusia, diikuti dengan peluncuran Kad Pintar Kakitangan oleh Jabatan Pentadbiran & Pengurusan Aset. Majlis turut diserikan dengan gimik agihan zakat wakalah kakitangan Koop Sahabat bagi Program Back to School, sebelum diakhiri dengan sesi pemantapan nilai bertemakan “Saling Peduli, Saling Menghargai.”
Majlis ini turut dihadiri oleh Anggota Lembaga, barisan Pengurusan, Regional Manager serta seluruh warga kerja Koop Sahabat.
Semoga penganjuran Town Hall ini menjadi pemangkin kepada tadbir urus yang lebih cemerlang serta memperkukuh komitmen seluruh warga kerja dalam memacu kejayaan Koop Sahabat secara berterusan.
#KoopSahabat
#DariSahabatKepadaSahabatUntukSahabat
#TownHall2026
![]()


