Akaun Emas Digital

Apa Itu Akaun Emas DIgital?

i-Gold Personal Account (i-GPA)

i-Gold Personal Account (i-GPA) merupakan produk hasil kolaborasi strategik antara Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) dan KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold), iaitu sebuah syarikat yang menyediakan platform digital patuh Syariah untuk simpanan serta jual beli emas secara atas talian. Kolaborasi ini dijenamakan sebagai i-Gold Personal Account (i-GPA), di mana Koop Sahabat bertindak sebagai wakil jualan KAB Gold dengan status sebagai Gold Group Manager (GGM).

Melalui platform i-GPA, pelanggan bukan sahaja menikmati kemudahan pembelian dan penjualan emas secara digital dan fizikal, malah turut diberi peluang untuk menjana pendapatan, membina perniagaan sendiri serta memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka. Pendekatan ini menjadikan i-GPA sebagai satu platform yang bukan sekadar simpanan, tetapi juga membuka ruang kepada pembangunan ekonomi individu.

Selain itu, platform ini turut menyediakan nilai tambah dari segi pendidikan kewangan dan pengurusan emas. Pelanggan berpeluang meningkatkan ilmu dan pengetahuan berkaitan emas dan kewangan, di samping membina jaringan ekonomi serta meningkatkan taraf kehidupan secara menyeluruh.

Secara keseluruhannya, i-GPA merupakan satu inisiatif yang menyokong pembangunan kewangan berlandaskan Syariah dengan menggabungkan elemen simpanan aset, keusahawanan dan pendidikan kewangan dalam satu ekosistem yang menyeluruh dan mampan.