3 Mac 2026 – Telah berlangsungnya Sesi Kunjungan Hormat Koop Sahabat ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Menara SKM, Kuala Lumpur.
Koop Sahabat yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga, En. Mohd Najib Bin Haji Mohd Noor bersama Anggota Lembaga, Pn Hartati binti Abd Jalil, diiringi oleh barisan Top Leaders Koop Sahabat, Rakan Strategik Koperasi serta wakil daripada TERAJU yang diketuai oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Perniagaan & Keusahawanan, En Mohd Najib Jaafar.
Delegasi Koop Sahabat telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Pn Noor Afifah Binti Abdul Razak, NKPED Pn. Siti Azlin Binti Ahmad Dauta, Pengarah Wilayah Persekutuan Tuan Hj Fadilah Salim serta barisan pengurusan tertinggi SKM.
Kunjungan hormat ini bertujuan memaklumkan kepada pihak SKM mengenai perkembangan semasa Koop Sahabat serta hala tuju strategik koperasi dalam memperkukuh pertumbuhan dan kemampanan organisasi. Sesi ini turut menjadi platform perbincangan bagi mempererat hubungan kerjasama antara pihak-pihak terlibat. Dalam masa yang sama, pihak TERAJU turut menyatakan hasrat untuk meneroka kerjasama strategik bersama Koop Sahabat, SKM dan gerakan koperasi bagi memperluas impak pembangunan ekonomi melalui ekosistem koperasi.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan demi memperkasa gerakan koperasi serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.
#KoopSahabat
#DariSahabatKepadaSahabatUntukSahabat
![]()


