[PROGRAM COOPBIZ 2026: MEMACU TRANSFORMASI PERNIAGAAN KOPERASI MELALUI AKSES PEMBIAYAAN STRATEGIK]
Koop Sahabat telah menyertai Program Coopbiz 2026: Memacu Transformasi Perniagaan Koperasi Melalui Akses Pembiayaan Strategik, yang berlangsung dari 3 hingga 6 Februari 2026 di Bandung, Indonesia.
Delegasi Koop Sahabat diketuai oleh Tn. Hj. Mazri Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bersama En. Mohd Suhairy Mat Sari, Ketua Pegawai Operasi, dan Pn. Hayati Asmari, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Korporat.
Program ini dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) dengan kerjasama TERAJU, dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Zazali Haron, Anggota Lembaga Pengarah IKMA. Program Coopbiz 2026 menumpukan kepada usaha memperkukuh perkembangan koperasi, meningkatkan daya saing serta membuka peluang akses pembiayaan strategik. Program ini disertai oleh 16 koperasi dari seluruh Malaysia dan turut membolehkan peserta menjalin jaringan perniagaan bersama koperasi dari Indonesia.
Sebagai sebahagian daripada sesi jaringan perniagaan, delegasi turut menghadiri majlis makan malam anjuran Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi, Republik Indonesia, bagi mengukuhkan hubungan strategik dan peluang kerjasama rentas negara.
#koopsahabat
#darisahabatkepadasahabatuntuksahabat
#coopbiz2026
![]()


