Pengenalan
Sahabat Gold

merupakan jenama perniagaan emas preloved di bawah SITSB yang menawarkan pilihan barang kemas berkualiti pada nilai yang lebih kompetitif dan mampu milik. Dengan komitmen terhadap ketulenan, kepercayaan dan kepuasan pelanggan, Sahabat Gold menyediakan pelbagai koleksi emas preloved yang telah dipilih dengan teliti bagi memenuhi citarasa serta keperluan pengguna moden. Berteraskan pengalaman, integriti dan layanan profesional, Sahabat Gold komited untuk menjadi rakan pilihan pelanggan dalam urusan pembelian emas yang selamat, bernilai dan diyakini.

Produk Wafer Emas

Wafer emas 999 ditampilkan dengan pelbagai rekabentuk bercirikan produk dan perniagaan Koop Sahabat. Ia didatangkan dengan 3 jenis SKU produk iaitu:

Koleksi wafer emas kami boleh didapati di ibu pejabat kami serta di cawangan Sahabat ArRahnu diseluruh Malaysia.

1.0G Edisi Royal Blossom

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Midnight Bloom

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Yasmeen

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Khadeeja

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Khas MAPT 2025

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Kesuma

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Arkana

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Khas Mechamato

Wafer Emas 999.9

0.25G Edisi Duta Beautee

Wafer Emas 999.9

0.25G Edisi Expressionz

Wafer Emas 999.9

0.5G Edisi Tamu Hotel

Wafer Emas 999.9

0.5G Edisi 5 Shared Value

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Amanah Ikhtiar Malaysia

Wafer Emas 999.9

1.0G Edisi Ulang Tahun Ke-8 Koop Sahabat

Wafer Emas 999.9

Emas Preloved

Sahabat Ikhtiar Trading Sdn. Bhd. (SITSB) turut mengembangkan aktiviti perniagaan dalam sektor perdagangan emas “preloved” sebagai sebahagian daripada usaha strategik syarikat dalam memperluaskan portfolio perniagaan bernilai tinggi. Penglibatan ini selaras dengan komitmen SITSB untuk menawarkan produk berkualiti, bernilai serta mampu milik kepada pelanggan dan anggota koperasi.

Sejak tahun 2021, SITSB telah aktif menyertai siri lelongan barang kemas yang dianjurkan oleh Sahabat ArRahnu dan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad. Melalui penyertaan tersebut, SITSB memperoleh akses kepada pelbagai koleksi barang kemas “preloved” yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk dipasarkan kepada pelanggan.

Dengan sokongan serta kerjasama strategik bersama Amanah Ikhtiar Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SITSB terus komited memperkukuh kedudukan syarikat dalam industri perdagangan emas tempatan. Perniagaan emas “preloved” ini bukan sahaja membuka peluang pasaran baharu, malah turut memberi nilai tambah kepada pelanggan melalui penawaran barang kemas berkualiti pada harga yang lebih kompetitif dan berpatutan.