Sahabat Ar-Rahnu

Sahabat Ar Rahnu

Penubuhan Kami

Nama asal kami adalah Ar-Rahnu Biro Gadaian. Kami berubah nama kepada Sahabat Ar-Rahnu di bawah Koop Sahabat untuk memperkukuh identiti dan imej korporat. Fokus utama kami adalah pembiayaan mikro patuh syariah menggunakan sistem gadaian emas.

Sejarah Kami

Kronologi Pelaburan Ar Rahnu

Pajak Gadai Islam

Cawangan Pertama

Cawangan pertama kami dibuka di Pasir Tumboh, Kelantan; Sahabat Ar-Rahnu Pasir Tumboh. Cawangan ini adalah perintis dan permulaan kepada pengembangan rangkaian Sahabat Ar Rahnu di seluruh negara sebagai Pajak Gadai Islam & One Stop Centre urusan Keanggotaan.

Sahabat Ar Rahnu

Perkhidmatan

Gadaian

Kami menyediakan perkhidmatan gadaian emas dengan kadar upah simpan yang berpatutan. Prosesnya mudah, selamat dan membantu anda mendapatkan tunai segera.

Cucian Emas

Perkhidmatan cucian emas kami memastikan emas anda kembali berkilau seperti baru. Kami menggunakan teknik selamat tanpa merosakkan kualiti emas.

Simpanan Emas & E-Trade

Nikmati kemudahan menyimpan emas dengan cara selamat dan mudah. Simpanan emas membantu anda merancang kewangan dan melindungi nilai harta.

Pembelian Emas

Anda boleh membeli emas secara dalam talian dengan harga semasa melalui platform E-Trade kami. Transaksi cepat, telus dan dijamin selamat.

1 Stop Centre

(Perkhidmatan Keanggotaan Koop Care)

Memperkasa Prestasi, Memacu Kejayaan

KONVENSYEN
SAHABAT AR RAHNU

Konvensyen Sahabat Ar Rahnu (SAR) merupakan platform tahunan yang menghimpunkan warga kerja dari seluruh Malaysia sebagai medium strategik dalam menyelaras hala tuju organisasi, berteraskan tema “Memperkasa Prestasi, Memacu Kejayaan.”

Penganjuran ini berperanan sebagai ruang perkongsian pencapaian organisasi serta pembentangan pelan tindakan strategik bagi memastikan kesinambungan pertumbuhan dan daya saing syarikat.

Sepanjang penganjuran, pelbagai pengisian berimpak tinggi dilaksanakan termasuk bengkel pembangunan kemahiran, sesi dialog interaktif bersama pihak pengurusan, serta perkongsian hala tuju strategik syarikat ke arah pertumbuhan masa hadapan.

Selain memperkukuh aspek operasi dan memperjelaskan hala tuju organisasi, konvensyen ini turut menjadi platform penghargaan kepada warga kerja melalui penganjuran Power Team Appreciation Night bagi mengiktiraf kecemerlangan prestasi setiap cawangan.

Secara keseluruhannya, Konvensyen SAR mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkasa prestasi, memacu kecemerlangan serta memperkukuh kesatuan warga kerja ke arah mencapai aspirasi strategik syarikat.