Pada peringkat awal penubuhan, jenama kami dikenali sebagai Ar Rahnu Biro Gadaian. Selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh identiti jenama serta meningkatkan imej korporat, nama tersebut telah dijenamakan semula kepada Sahabat ArRahnu di bawah naungan Koop Sahabat.
Sahabat Ar-Rahnu memberi fokus kepada penyediaan solusi pembiayaan mikro patuh syariah berteraskan sistem gadaian emas, dengan komitmen untuk menawarkan perkhidmatan yang mudah, selamat dan dipercayai kepada masyarakat.